Sehangat Asmara

Assalamualaikum..

~Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara~

Ahh, kalau nak di bilang hal cinta takkan habis kerana tiada penghujungnya.. Sebuah lagi drama bersiri yang bakal mencetus fenomena sehangat Adam & Hawa.. Drama yang diadaptasi dari novel nukilan Aisya Sofea kali ini dah tentu meriah. Sebab membaca novelnya sahaja pun dah membuatkan perasaan itu membuak-buak. Hehehe, nama pun sehangat Asmara kan..

Ni antara sinopsis yang ada dibelakang novel tu :

Novel Sehangat Asmara

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengaan janji sehidup semati.

Kebahagian mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntun Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya...

gandingan Rita & Ady Putra

Rita Rudaini sebagai Kay & Ady Putra selaku Zainal. Owh, satu gandingan yang cukup hebat, mantap.. Aku suka! Tapi suka lagi kalau Hero tu Fahrin Ahmad =) dah tentu-tentu aku jatuh hati.. hehehe..
Bakal menanti anda bermula malam ini 21 Januari 2013 di Astro Mustika Hd.. Jangan lepaskan peluang menonton ye..
Terbaik & mungkin lebih hebat dari Adam & Hawa fikir ku.. Ehh?

Salam Isini untuk semua..

~Ulasan : 9 tahun tu ku meresakan ianya terlalu lama. Kalau aku,dah tentu-tentu tidak.. Terima kasih kerana membaca =)

16 comments:

miz ruha said... Reply To This Comment

wah.. sehangat asmara pula...
sy tak baca pun novel ni.. hihi

Noor Ikmal said... Reply To This Comment

Assalam, jarang baca novel ... dulu bolehlah....

Kesuma Angsana said... Reply To This Comment

tonton cerita kat tv ajelah nnti hehehe

aQu Mad said... Reply To This Comment

citer gado gado baru best..

Hatimi Tahirruddin said... Reply To This Comment

hehee ai tak minat citer camni...tapi kalau nora danish berlakon mungkin minat kot..:P

PS: sy tag baby untuk segmen puteri kasih...

nadia said... Reply To This Comment

Tak suka sgt sehangat asmara sebab kalau tak silap dalam novel ni dia kata Zainal ni rambut panjang..

Maybe Nadia silap kut sebab dah lama tak baca novel ni..

kopi pasta said... Reply To This Comment

oh tidak..aku tak ske membaca novel apatah lg mnonton drama melayu adaptasi dr novel...

Dikbi Kamaruddin said... Reply To This Comment

ingat nak folo gak citer ni tp tv tak siap2 lagi repair...aper cer la tv tu...huhu

Sue PeLik said... Reply To This Comment

tak sabar nak tengok. huhuhuhu

hana hadi said... Reply To This Comment

hana kureng sikit novel kejiwangan ni

boni kacak said... Reply To This Comment

rita rudaini dengan fahrin ahmad.. ye tak ye.. satu gandingan yang saya rasa lagi ideal..ehehehe

michelle De hunny said... Reply To This Comment

cerita ni bez !

hazwan hairy said... Reply To This Comment

artu rsa dh bca novel ni..tp sekerat jalan ja..haha

Hanif Idrus said... Reply To This Comment

Kena lihat adakah ia sehebat Adam Dan Hawa...hehehehe

Remy hazza said... Reply To This Comment

drama yg akan menghangatkan malam2 anda......

zafira othman said... Reply To This Comment

novel drama novel drama. lagi best kalau novel dri encik pingu toha di filem kan. heeee

yang jarang baca novel